Sunday, October 7, 2012

Ibu dan Kerjaya

Ibu dan Kerjaya, Topik yang cuba saya gupas dan luahkan..

Kerjaya itu tidak bermakna kerja di opis sahaja... Freelancer.. Berniaga.. semua itu kategori kerjaya..Malah saya rasa menjadi Babysitter juga kerjaya.

Menjadi ibu ini memang susah, tapi ianya satu nikmat dan privilege pada semua ibu. Nikmatnya tiada satu bapa pun tahu. Tiada satu bapa pun dapat menafikannya...

Menjadi ibu yang berjaya ini lagi la susah.. mana nak bahagikan masa untuk anak..untuk suami..untuk boss.... Untuk DIRI ? KURANG okie! Pernah satu ketika saya rasa fedup dah nak je sisihkan semuanya dari hidup ini.. Subhanallah...Masyaallah.. ~~ minta dijauhkan Ya Allah..~~

Rasa penat tak perlu la kata. balik rumah je sepah.. Cawan disinki je ada 10.tp pelik yang ada dirumah dua orang je..yang lain di taska.. Kakak pula pergi sekolah.. hmmm Siapa Punay kerja nie?? Minum macam sepuluh je mulutnya...!! Abang!! naper tak buang sampah nie...!!! Kakak, kenapa towel sepah!!! Kenapa stokin kat sini!! Kenapa baju sekolah kat lantai!! kenapa buku sekolah berterabur!!! Abang !!!!!!!!!!! itulah antara bebelan saya kalu balik kerja..

Bangun pagi pukul 5 am.. kol 6.30 dah kuar gie keja... balik kerja aduhai... ku tutupkan mata dan mulut ini sahaja.... Kol 9 dah ku suruh semua tido sbb ibu nak rehat okie!!! nak tido plak semuanya nak ibu..2 bawah ketiak..sorang lagi kat kaki.. aduhai askar ku.. :) takper, ibu suka sebenarnya..
Apa pun tugas yang ibu lakukan.. ibu suka sebenarnya...walaupun mulut ni kadang2 membebel..

Bab kerja pulak, hmm...alhamdulillah sepanjang kerjaya nie, hanya 2 kali sahaja dapat Bos yang HAMPAS dan tak memahami langsung hidup berkeluarga.. Sorang dah off  from my company.. sorang lagi masih disini... alahai, ya Allah Engkau bukalah hati sipolan ini untuk lebih bertimbang rsa dan berlembut pada staffnya yang telah bekeluarga..dan elakkan aku menjadi staffnya lagi...amin.. Tak larat tension kerja dengan sipolan nie..

Tapi susah juga nak bahagikan masa antara kerjaya dan tugas ibu.. kalau kena outstation, either semua kena angkut.. or Sorry Boss, i really can't go.. my kids need me more.. Saya cuba elakkan sebaik mungkin kalau kena kerja lewat atau outstation.. alhamdulillah, boss memahami dan saya mampu menyempurnakan kerja dalam waktunya.

Saya juga berpendapat, pangkat bukan segalanya.. Kalau belum masanya saya tidak mahu kenaikan pangkat... Saya tak mahu membawa pangkat dengan nama yang buruk.. Tunggulah sehingga waktu yang sesuai..Insyallah rezeki itu Allah dah tetapkan untuk semua umatnya,,,

Kadang2 rasa cemburu dengan En Suami, yang mana masanya banyak dirumah dengan anak2 pada weekdays.. Beliau Freelancer ( Mr Photographer Malaysia ) dan kerjayanya hanya weekends sahaja...Bestnya dapat kerja dua kali seminggu nie... Tapi mungkin ini yang telah Allah tetapkan untuk kami..

Apa pun cabaran dan kebahagian yang Allah berikan... Kita as ibu kena selalu bersyukur dan berterima kasih pada Allah dengan rezeki dan nikmat yang diberikan.. Walaupun kita bekerjaya Anak-anak sentiasa akan ada kita sebagai ibu dan sahabatnya.. Ibu akan tetap terpahat dihatinya... Walau se TANTRUM mana pun anak kita.. kita harus bersabar dan percaya satu hari anak tantrum ini akan menjadi tonggak negara. anak menjadi iman kita selepas ayahnya.. akan menjadi penjaga kita kelak dihari tua...  Kita sebagai ibu HARUS meletakkan kepercayaan pada anak-anak kita.. kita harus bersabar denngan kerenahnya.. Mereka adalah Ahli Syurga...insyallah.. amin...

Sekian readers sekalian.. C Ya next time!!! I

No comments:

Post a Comment