Wednesday, October 10, 2012

Adakah Aku Ibu yang JAHAT ?

~~ Cerita Ini adalah sekadar renungan dan iktibar untuk kita semua~~
 
~~ Cerita ini menginsaf dan mengingatkan diriku bahawa susah senang , malam siang hidup mati.. akan kuteruskan bersama.."BERSAMA " !! keluarga ku...  ~~
 
~ Sediakan tisu, dan ingatlah anak2 dalam lubuk ingatan mu...~
 
Samada kisah ini benar atau tidak saya sekadar memanjangkan untuk berkongsi kesedihan didalam kisah ini.....

20 tahun yang lalu saya melahirkan seorang bayi laki-laki, wajahnya comel tetapi nampak bodoh. Ali, suamiku memberinya nama Yusri. Semakin lama semakin nampak jelas bahawa anak ini memang agak terkebelakang. Saya berniat mahu memberikannya kepada orang lain saja supaya dijadikan budak atau pelayan bila besar nanti. Namun Ali mencegah niat buruk itu. Akhirnya terpaksa saya besarkannya juga.

Pada tahun kedua kelahiran Yusri, saya pun melahirkan pula seorang anak perempuan yang cantik. Saya menamakannya Yasmin. Saya sangat menyayangi Yasmin, begitu juga Ali. Seringkali kami mengajaknya pergi ke taman hiburan dan membelikan pakaian anak-anak yang indah-indah. ..

Namun tidak demikian halnya dengan Yusri. Ia hanya memiliki beberapa helai pakaian lama. Ali berniat membelikannya, namun saya selalu melarang dengan alasan tiada wang. Ali terpaksa menuruti kata saya.

Saat usia Yasmin 2 tahun, Ali meninggal dunia. Yusri sudah berumur 4 tahun ketika itu. Keluarga kami menjadi semakin miskin dengan hutang yang semakin bertambah. Saya mengambil satu tindakan yang akhirnya membuatkan saya menyesal seumur hidup. Saya pergi meninggalkan kampung kelahiran saya bersama Yasmin. Saya tinggalkan Yusri yang sedang tert idur lelap begitu saja.

Setahun.., 2 tahun.., 5 tahun.., 10 tahun.. berlalu sejak kejadian itu.

Saya menikah kembali dengan Kamal, seorang bujang. Usia pernikahan kami menginjak tahun kelima. Berkat Kamal, sifat-sifat buruk saya seperti pemarah, egois, dan tinggi hati, berubah sedikit demi sedikit menjadi lebih sabar dan penyayang. Yasmin sudah berumur 15 tahun dan kami menyekolahkan dia di sekolah jururawat. Saya tidak lagi ingat berkenaan Yusri dan tiada memori yang mengaitkan saya kepadanya.

Hinggalah le satu malam, malam di mana saya bermimpi mengenai seorang anak.

Wajahnya segak namun kelihatan pucat sekali. Dia melihat ke arah saya.

Sambil tersenyum dia berkata, "Makcik, makcik kenal mama saya? Saya rindu sekali pada mama!" Sesudah berkata demikian ia mulai pergi, namun saya menahannya, "Tunggu..., saya rasa saya kenal kamu. Siapa namamu wahai anak yang manis?"

"Nama saya Yusri, makcik."

"Yusri...? Yusri... Ya Tuhan! Benarkah engkau ni Yusri???"

Saya terus tersentak dan terbangun. Rasa bersalah, sesal dan pelbagai perasaan aneh yang lain menerpa diri saya pada masa itu juga. Tiba-tiba terlintas kembali kisah yang terjadi dulu seperti sebuah filem yang ditayangkan kembali di kepala saya. Baru sekarang saya menyedari betapa jahatnya perbuatan saya dulu. Rasanya seperti mahu mati saja saat itu. Ya, saya patut mati..., mati..., mati...

Ketika tinggal seinci jarak pisau yang ingin saya goreskan ke pergelangan tangan, tiba-tiba bayangan Yusri melintas kembali di fikiran saya. Ya Yusri, mama akan menjemputmu Yusri, tunggu ya sayang!...

Petang itu saya membawa dan memarkir kereta Civic biru saya di samping sebuah pondok, dan ia membuatkan Kamal berasa hairan. Beliau menatap wajah saya dan bertanya, "Hasnah, apa yang sebenarnya terjadi? Mengapa kita berada di sini?"

"Oh, Kamal, kau pasti akan membenciku selepas saya menceritakan hal yang saya lakukan dulu," Aku terus menceritakan segalanya dengan terisak-isak. ..

Ternyata Tuhan sungguh baik kepada saya. Ia memberikan suami yang begitu baik dan penuh pengertian. Selepas tangisan saya reda, saya keluar dari kereta dengan diikuti oleh Kamal dari belakang. Mata saya menatap lekat pada gubuk yang terbentang dua meter dari hadapan saya.

Saya mula teringat yang saya pernah tinggal dalam pondok itu dan saya tinggalkannya, Yusri.. Yusri... Di manakah engkau? Saya meninggalkan Yusri di sana 10 tahun yang lalu. Dengan perasaan sedih saya berlari menghampiri pondok tersebut dan membuka pintu yang diperbuat daripada buluh itu... Gelap sekali... Tidak terlihat sesuatu apapun di dalamnya!

Perlahan-lahan mata saya mulai terbiasa dengan kegelapan dalam ruangan kecil itu. Namun saya tidak menemui sesiapapun didalamnya. Hanya ada sehelai kain buruk yang berlonggok di lantai tanah. Saya mengambil seraya mengamatinya dengan betul-betul. .. Mata mulai berkaca-kaca, saya mengenali potongan kain itu . Ini adalah baju buruk yang dulu dipakai oleh Yusri setiap hari...

Beberapa saat kemudian, dengan perasaan yang sangat sedih dan bersalah, sayapun keluar dari ruangan itu... Air mata saya mengalir dengan deras.

Saat itu saya hanya diam saja. Sesaat kemudian saya dan Kamal mulai menaiki kereta untuk meninggalkan tempat tersebut. Namun, saya melihat seseorang berdiri di belakang kereta kami. Saya terkejut sebab suasana saat itu gelap sekali. Kemudian terlihatlah wajah orang itu yang sangat kotor. Ternyata ia seorang wanita tua. Saya terkejut lagi apabila dengan tiba-tiba dia menegur saya. Suaranya parau.

"Heii...! Siapa kamu?! Apa yang kamu mahu?!"

Dengan memberanikan diri, saya pun bertanya, "Ibu, apakah ibu kenal dengan seorang anak bernama Yusri yang dulunya tinggal di sini?"

Ia menjawab, "Kalau kamu ibunya, kamu adalah perempuan terkutuk!! Tahukah

kamu, 10 tahun yang lalu sejak kamu meninggalkannya di sini, Yusri terus menunggu ibunya dan memanggil, 'Mama..., mama!' Kerana tidak tahan melihat keadaannya, kadang-kadang saya memberinya makan dan mengajaknya tinggal bersama saya.

Walaupun saya orang miskin dan hanya bekerja sebagai pemungut sampah, namun saya tidak akan meninggalkan anak saya seperti itu! Tiga bulan yang lalu Yusri meninggalkan sehelai kertas ini. Ia belajar menulis setiap hari selama bertahun-tahun hanya untuk menulis ini untukmu..."

Saya pun membaca tulisan di kertas itu... "mama, mengapa mama tidak pernah kembali lagi...? mama marah pada Yusri, ya? mama, biarlah Yusri yang pergi saja, tapi mama harus berjanji mama tidak akan marah lagi pada Yusri."

Saya menjerit histeria membaca surat itu. "Tolong bagi tahu.. di mana dia sekarang? Saya berjanji akan menyayanginya sekarang! Saya tidak akan meninggalkannya lagi! Tolonglah cakap...!!!" Kamal memeluk tubuh saya yang terketar-ketar dan lemah.

"Semua sudah terlambat (dengan nada lembut). Sehari sebelum kamu datang, Yusri sudah meninggal dunia. Dia meninggal di belakang pondok ini. tubuhnya sangat kurus, ia sangat lemah. Hanya demi menunggumu ia rela bertahan di belakang pondok ini tanpa berani masuk ke dalamnya. Dia takut apabila mamanya datang, mamanya akan pergi lagi apabila melihatnya ada di dalam sana... Dia hanya berharap dapat melihat mamanya dari belakang pondok ini... Meskipun hujan deras, dengan keadaannya yang lemah ia terus berkeras menunggu kamu di sana. Dosa kamu tidak akan terampun!" Saya kemudian pengsan dan tidak ingat apa-apa lagi.

Semoga menjadi pelajaran bagi kita sebagai orang tua ataupun bagi yang akan berkahwin. Janganlah menyalahkan apa yang sudah diberikan oleh Allah.

Tetapi hargailah apa yang diberikan oleh Allah. Dan cuba bersabar. Kerana

DIA tidak akan memberikan sesuatu apapun dengan sia-sia.

Moral - sayangi orang di sekitar anda. kita tidak tahu siapa yang benar-benar menyayangi kita...
 
 
~~ Anak2 ibu, Atikah, Adam dan Aisyah.. Doa ibu buat kalian selamanya...~~

~ credit to Perigitimur.blogspot ~

Sunday, October 7, 2012

Ibu dan Kerjaya

Ibu dan Kerjaya, Topik yang cuba saya gupas dan luahkan..

Kerjaya itu tidak bermakna kerja di opis sahaja... Freelancer.. Berniaga.. semua itu kategori kerjaya..Malah saya rasa menjadi Babysitter juga kerjaya.

Menjadi ibu ini memang susah, tapi ianya satu nikmat dan privilege pada semua ibu. Nikmatnya tiada satu bapa pun tahu. Tiada satu bapa pun dapat menafikannya...

Menjadi ibu yang berjaya ini lagi la susah.. mana nak bahagikan masa untuk anak..untuk suami..untuk boss.... Untuk DIRI ? KURANG okie! Pernah satu ketika saya rasa fedup dah nak je sisihkan semuanya dari hidup ini.. Subhanallah...Masyaallah.. ~~ minta dijauhkan Ya Allah..~~

Rasa penat tak perlu la kata. balik rumah je sepah.. Cawan disinki je ada 10.tp pelik yang ada dirumah dua orang je..yang lain di taska.. Kakak pula pergi sekolah.. hmmm Siapa Punay kerja nie?? Minum macam sepuluh je mulutnya...!! Abang!! naper tak buang sampah nie...!!! Kakak, kenapa towel sepah!!! Kenapa stokin kat sini!! Kenapa baju sekolah kat lantai!! kenapa buku sekolah berterabur!!! Abang !!!!!!!!!!! itulah antara bebelan saya kalu balik kerja..

Bangun pagi pukul 5 am.. kol 6.30 dah kuar gie keja... balik kerja aduhai... ku tutupkan mata dan mulut ini sahaja.... Kol 9 dah ku suruh semua tido sbb ibu nak rehat okie!!! nak tido plak semuanya nak ibu..2 bawah ketiak..sorang lagi kat kaki.. aduhai askar ku.. :) takper, ibu suka sebenarnya..
Apa pun tugas yang ibu lakukan.. ibu suka sebenarnya...walaupun mulut ni kadang2 membebel..

Bab kerja pulak, hmm...alhamdulillah sepanjang kerjaya nie, hanya 2 kali sahaja dapat Bos yang HAMPAS dan tak memahami langsung hidup berkeluarga.. Sorang dah off  from my company.. sorang lagi masih disini... alahai, ya Allah Engkau bukalah hati sipolan ini untuk lebih bertimbang rsa dan berlembut pada staffnya yang telah bekeluarga..dan elakkan aku menjadi staffnya lagi...amin.. Tak larat tension kerja dengan sipolan nie..

Tapi susah juga nak bahagikan masa antara kerjaya dan tugas ibu.. kalau kena outstation, either semua kena angkut.. or Sorry Boss, i really can't go.. my kids need me more.. Saya cuba elakkan sebaik mungkin kalau kena kerja lewat atau outstation.. alhamdulillah, boss memahami dan saya mampu menyempurnakan kerja dalam waktunya.

Saya juga berpendapat, pangkat bukan segalanya.. Kalau belum masanya saya tidak mahu kenaikan pangkat... Saya tak mahu membawa pangkat dengan nama yang buruk.. Tunggulah sehingga waktu yang sesuai..Insyallah rezeki itu Allah dah tetapkan untuk semua umatnya,,,

Kadang2 rasa cemburu dengan En Suami, yang mana masanya banyak dirumah dengan anak2 pada weekdays.. Beliau Freelancer ( Mr Photographer Malaysia ) dan kerjayanya hanya weekends sahaja...Bestnya dapat kerja dua kali seminggu nie... Tapi mungkin ini yang telah Allah tetapkan untuk kami..

Apa pun cabaran dan kebahagian yang Allah berikan... Kita as ibu kena selalu bersyukur dan berterima kasih pada Allah dengan rezeki dan nikmat yang diberikan.. Walaupun kita bekerjaya Anak-anak sentiasa akan ada kita sebagai ibu dan sahabatnya.. Ibu akan tetap terpahat dihatinya... Walau se TANTRUM mana pun anak kita.. kita harus bersabar dan percaya satu hari anak tantrum ini akan menjadi tonggak negara. anak menjadi iman kita selepas ayahnya.. akan menjadi penjaga kita kelak dihari tua...  Kita sebagai ibu HARUS meletakkan kepercayaan pada anak-anak kita.. kita harus bersabar denngan kerenahnya.. Mereka adalah Ahli Syurga...insyallah.. amin...

Sekian readers sekalian.. C Ya next time!!! I

Saturday, October 6, 2012

Cartoon And Kiddos

Cartoon and Kiddos .. Carton VS Kiddos ..

Sebenarnya elok ker anak2 kita nie tengok cartoon ?
Ada parents might say YES, and some NO .. NO NO NO !!!

Nie pendapat dan pandangan saya sahaja.. Tiada kena mengena dengan insan dan keluarga lain.. Ini hanyalah pandangan saya based on my own Kiddos



Pada saya cartoon memang ada keburukannya espicially kalau anak kita tengok channel 616 or 617 .. carton sperti Spongebob, Ultraman, SPiderman, cartoon yang berunsur cinta dan ada adengan  cium2 peluk2 tue...

Cartoon skarang tak macam dulu, semuanya kurang sesuai untuk kanak...

Ika, Adam dan aisyah peminat cartoon Ben 10, ultraman dan semua yang ada lawan...Akibatnya ? hah!! gambar bawah nie bukti.. Sesi bergusti dengan ayah ..




Kami cuba ajar mereka untuk melihat hanya channel 613, tp lmaklumlah..channel tue too broing untuk kiddo yang dah besar..aisyah tue ok la kot...So apa ibu nak buat ? Parental Control !!! siapla kamu semua lepas nie.. ibu nak call Astro untuk tny cara buat Parental control.. letak password kat Channel2 ganas nie..
 
Kebaikan Cartoon nie pulak ? Atikah english dia superb dari ayah...  :)  itu jela,,, lain ? takde pun...
 
Kesimpulannya, sendiri fikir.. lain kiddo lain adaptasinya... For my kiddos, Parental control la jawabnya...
 
 

Tuesday, October 2, 2012

It's All About Me

Today post is ALL ABOUT ME!

Apa ada pada LINDA??? eceh.... cam tajuk filem lak...

i was born on 5th Feb 1979... tq mak! i might be kuat mlawan or u call it membentak and never say TQ... but trust me, mmg bersyukur and really appreciate the time u spent in d labour room sambil meneran to push me all out! hehehheheh5

org kata saya cakap kuat, orang kata mulut saya lepas, orang kata saya hati kering... even some people call me in bad and bucuk word.. lantak korang la, u dont know me an i dont want to know u!

kenapa saya begitu? rasanya dah biasa dr kecil...i need to SURVIVE!!

prnh dgr broken family ? pd yg x prnh rasa,  u should thanks ALLAH n ur parents! I'm not blaming my parents untuk apa yang telah terjadi. That's their problem. tapi sedikit sebanyak perkara ini memberi impak pada aku. aku jadi lantang bersuara... aku jenis yang akan buat sesuatu sampai dapat.. aku jenis buat hal sendiri...
I
 need to survive and be independent... masa sekolah nekad nk blajar rajin2 and go far far away.. yg akhirnya ke johor jek and jmp my nyawa kat sana  ...

masa keja nekad nak cari duit n kawin cepat2 sbb nak berdikari... kunun la!dah kawin baru tau camna ek!!! ehhehheheheh

saya bersyukur sangat and saya tahu ALLAH sayangkan sy... hidup saya mungkin boleh jd hancur, tp dr kecik lgi ALLAH sentiasa temukan saya dengan insan2 yng mulia dan yg dpt bimbing saya.

masa kecik saya sentiasa ada bff saya Lin, disekolah saya ada zila.. di UTM saya ada syikin, awa, awin dan saba dan nyawa saya aka En Suami, di tempat kerja sy ada BFF saya Marina, Ija, Geng 6 Jahanam...Big Bosses,  Kak hasnah, kak sharina, kak zab, abg Din,kak dal , arwah abg lie (al fatihah untuk abg) .. saya sentiasa dikeliling manusia yg positif untuk membantu dlm masalah sy...dan tmpt say luahkan prasaan.. apa yg tak pernah berlaku dlm hidup saya? Dan sy sentiasa berdoa agar anak2 sy tak lalui apa yg saya rasa....apa yg berlaku pada saya..AMIN....

skang alhamdulillah and i'm so happy with my life... dugaan tue mmg ada, but normal la.. after 5 yrs of marriage dh jd lali.. Betulkan Laling!!!!

Dr sekolah smpi sekarang saya masih berpegang pada satu ayat
'kalau kita rasa kita susah, ada 100 orang yg lg susah dr kita..
kalau kita bersabar, Allah akan sentiasa bantu kita...
rezeki dan kebahagian allah akan beri untuk kita..
kita hanya redha dn go with the flow...'

Dgn ayat inilah saya percaya satu hari Allah akan beri saya kebahagian iaitu anak2 dan nyawa saya.. dgn ayat itulah sy percaya rezeki sentiasa ada dan sy perlu terus mencari dan mencuba...dgn ayat itu sy berada disini sekarang.

# Perlu ku ingatkan.. ulasan ini tiada kena mengena dengan orang lain.. Hanya pasal AKU sahaja.. All About Me !!! Kalau ada yang tersinggung , I'm so sorryyy....