Tuesday, November 20, 2012

Pemegang Amanah sebagai Ibu, Anak, Menantu dan Isteri

Susahnya menjadi Ibu, anak, menantu dan isteri yang terbaik dimata semua...Tidak cukup denngan itu, kita perlu juga menjadi terbaik antara terbaik di pejabat pula... Susahnya nak memuaskan hati semua pihak.

Kadang-kadang saya rasa lebih seronok kalu menjadi suri rumah sahaja, sebab kurang satu bebanan..

Bukan mengeluh.. Bukan mengungkit.. Bukan nak komplen...Tapi memang sukar nak jadi Pemegang Amanah title-title tersebut.


Ibu

Bukan mudah menjadi ibu.. Ibu selalu dibelenggu dengan perasaan mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya.. Kalau boleh diberi bintang dilangit, mahu juga ibu berikan.. Kalau mampu berikan Ultraman 11 bersaudara, daha lama ibu berikan.. Kalau mampu ibu berikan DUNIA.. Kalau lah...
Alhamdulillah, Allah kurniakan saya dengan anak-anak yang sihat dan comel/encem... Walaupun anakku brutal, xper... dah genetik ibu ayahnya pun brutal juga... Tak Kisah la apa orang nak kata, anak ibu lasak ker.. Hiper ker.. Janji kita bahagia...
Sebagai ibu tidak semua dapat kita tunaikan untuk yang tersayang ini.. Adakalanya ibu menjadi KingKong@ Godzilla dirumah kerana tak dapat kawal prasaan geram dengan anak ibu yang brutal ini..Kadang-kadang ibu bertindak diluar kawalan diri.. Tapi ingat.. IBU SAYANG KORANG SEMUA !!!

Anak

hmmm... nie lagi la payoh! Mana nak jaga hati omak.. mana nak jaga hati abah... Aduhai...
Omak abah den dah lama bercerai.. Sib baik ler masa nak kawin diaorg berdamai kejap.. Tapi tue pun HARU !!! Kekadang sampai tak larat nak melayan kerenah keduanya nie sampai rasa nak buang je diaorg nie jauh2... Korang dah ada family baru kan.. pandai2 la.! Tapi hmmm, dah nama pun mak abah, kena la jenguk2  juga.. Tapi rasanya since keadaan agak panas ketika ini, lebih baik ku kurangkan menjenguk kalian.. dekat bau BUCUK... jauh bau WANGI...

Menantu

Nie  tak perlu citer lanjut la.. CIk Puan Linda bukan menantu.. tapi ANAK HANTU !
dah la kidnap anak tercayang MIL jauh ke Kuala Lumpur.. Pulang pula setahun 2 atau 3 kali je.. Dah la tue Cik Puan Linda tak pandai bergaul... jadilah dia ANAK HANTU !
Tolong la faham, camna nak balik selalu?? kalau $$$ tak mengizinkan.. Camna nak balik selalu kalau hati ini terasa sakit ?? Camna nak balik selalu?? Camno?? Saya ni jenis makan hati, dah sekali difitnah, sampai mati tue pun saya ingat lagi.. So, jangan ngumpat kalau saya hanya duduk diam mengepi....
Balik time Kenduri pun dah kena Fire Ultraman dengan sedara2... kalau dah kalian masak depan pintu umah... camna la saya tak jadi Mak Polong terjerit -jerit panggil Adam... Kang kalau dah termasuk dlm Kuali , korang nak tolong??? camna la saya tak jadi Langsuir mengilai kalau dah Pelamin ngan hantaran Anak-anak buat cam reta dia sendiri...Kalau roboh dan rosak aku gak yang kena...

Isteri

Nie senang sikit...  Sebab suami lah best fren forever saya.. dialah sahabat.. dialah musuh.. dialah segalanya...So, dulu kalau gaduh sampai sebulan tak bertegur.. skang tidak, esok dah ok dah...Kalau bincang, memang kami bergaduh.. tapi nanti cool balik... Sampai pening la anak-anak tengok kami....
Kami jenis VOKAL BUKAN SEKADAR RUPA... Kami jenis cakap lepas je...Tapi kami tetap Ber I Love You setiap kali nak kuar umah gie keja... Kami tetap ada minat yang sama iaitu MAKAN!


Akhir kata, tak mudah nak menjadi semuanya.. tak mudah nak puaskan hati orang lain.
Jadi yang terbaik untuk diri sendiri dan Allah ...
Cuba sedaya yang termampu.... Terus kehadapan...Jangan Pandang Belakang, nanti nmpk hantu...  :)
Jangan dikenang kesalahan lalu, cuba maafkan orang sekeliling...

p/s: Hmmm, sampai sekarang masih belum berjaya nak menerima Sipolan dan polan yang terlibat dalam Tragedi 1 Muharram itu.. tapi, Kemaafan yang penting dan saya dah maafkan kalian.. kalau rasa x leh terima lagi, lebih baik tutup mulut...  Ziiippppp!

Tuesday, November 6, 2012

Aku Terima Nikahnya....

It's not just a word.. Not just 3 little words..

Aku Terima Nikahnya... Semua isteri yang tengok filem nie mesti Feeling lebih kan  :)



When i post it to my FB Wall, kwnnya menjawab " Bini ko paksa tengok gak ke ?? " What do u mean by TERPAKSA Bro ???? Dulu masa bercinta there's no istilah TERPAKSA kan ?? semuanya rela belaka... U Guyz just being so SARCASTIC.

Most isteri yang tengok feelingnya terlebih kerana itulah kemahuannya.. itulah kehendaknya...itulah imiganasinya... itulah yang kamu tak beri! You guys just tak dapat tangkap and dont want to understand betul tak!

Someone prnh bertanya, You tak malu ker share abt your life, ur history ..ur story to others? to the blog ?? Itukan privacy.. I said " No ! ..i tak malu.. i was sharing my feeling to all isteri and mothers out there! i was releasing my stress to the blog...I'm giving others semangat by saying that you are not ALONE.. semua orang ada masalah..ada ceritanya...I Said " U like it, jst read it.. U Don't ? Tak perlu baca.. My Blog , My Place.. Suka hati ku... "

Setiap pasangan berkahwin akan lalui masa gelapnya.. tak kira diawal, ditengah atau diakhir perjalanannya... Allah yang menentukan segalanya... Jangan riak jika anda bahagia diawalnya, kerana mungkin di akhirnya anda kecundang. Jangan sedih kalau segalanya gelap dipermulaannya krena mungkin tengah dan akhirnya terang bercahaya. For us, gelapnya diawal, tengahnya manis..akhirnya ? Allah sahaja yang tahu..masih panjang lagi perjalanan kami...

Back to the film.. banyak scene dlm nie yang berlaku realitinya...

Your cinta hati might not be in the car accident scenario macam dlm film nie sehingga hilang ingatan, tp pd saya sama sahaja .. Suami ada satu ketikanya Hilang Ingatan bahawa dirinya telah berkahwin..telah mempunyai anak.. Scenario saja yang berbeza dr filem tp konsepnya sama saja. Suami akan Hilang Ingatannya..  :)

"Lisa, akan diam lepas nie.. Lisa dah penat bang.." antara skrip dlm film ini..
Yes, i've been there. Tahap yang dah penat.. Pls guys, kalau dah sampai tahap ini, our expectation to u guys dah tiada.. kami dah tiada lagi perasaan luar biasa tue... kami dah penat menanti sesuatu yang dah lama diingini...Saya penat untuk menjadi orang lain hanya untuk mu.. penat untuk menjadi orang lain hanya untukmu... penat menanti keajaiban dari mu.. penat menanti semua janjimu..penat menanti kepulangan mu... penat menanti gambar yang dikau janjikan tujuh tahun lalu...Abang, saya dah penat..dan saya tidak akan bercakap lagi perihal tue...

Saya tahu level saya... saya dah lama sedar... TQ Allah kerana bukakan mata ini untuk tidak lagi mengharap.. Aku hanya mengikut aturan Mu saja kini.. Kekanan kiri ku DIKAU yang tentukan...

Seorang ustaz pernah berkata pd saya, Expectation seorang isteri terlalu tinggi pada suaminya.. Yes, it's true Ustaz. Kerana suami itu sahabatnya...nyawanya.. hatinya..jantungnya..Imamnya.. Pelindungnya...Syurganya..Segalanya buat isteri. Salahkah kami ada High Expectation pada suami ? kami tak minta banglo emas, tak minta duit berjuta... tidak minta berkepit 24x7, kami hanya perlukan sedikit saja. High Expactation kah itu? Jika hilang expectation isteri, maka tiada apa lagi nak diharapkan... hanya mengikut kehendak takdir saja..

Macam-macam yang didengarnya...Kenapa dok hotel, mahal je....dah bayar hotel mahal2 tue, nk balik tido la... Kenapa perlu perli kata sebegitu? Duhai hati, sila bersabar lagi.. Kenapa perlu buat begitu? Tak sayang duit?? Gila la kalau tak sayang.. ! Bukan nak menunjuk diri ini senang atau banyak duit... bukan kerana berlagak.. Kerana saya ada MARUAH . Saya tidak mahu lagi maruah dipijak.. maruah dihina.. kerana saya sedar saya perlu berdiri atas kaki sendiri.. Maruah saya dipijak tanpa pelindung.. mana pergi pelindung saya? ntah, saya pun mencari jawapan tue...Pada yang mengata, Ya Allah, tuhan sahaja tahu perasaan ketika itu.. muka tersenyum tapi hati terobek.. As mention, takperla... saya jumpa kalian bukan selalu.. cakaplah apa saja.. daku redha...

Maafkanku, kepala anakku banyak terpahat dalam gambarmu...  :) sakit gak jiwa bila ada mulut yang berkata... anak saya lasak.. memang tak reti dok diam... jadi tak perlulah berbincang hingga ke gegendang telinga saya.. saya faham... takper, saya diam sahaja.. Saya dah penat melayan segalanya... Saya hanya boleh mencuba untuk puaskan hati semua orang...mengikut kemampuan saya.. tidak lebih dari itu kerana saya juga ada hati dan perasaan ...

Walaupun jasad disana, tapi hati rasa nak jauh lari.. setiap langkahku terbayang 1 Muharram itu... aku hanya manusia, dan bukannya nabi.. masih mencuba nak menerima.. tapi masih belum berjaya... Tapi tetap akan kucuba... memadam 1 Muharram itu dari ingatanku...

# Nukilan ini tiada kena mengena pada yang hidup atau yang mati... Pada yang terasa, saya mohon maaf.. ini adalah coretan dan imiganasi ku sahaja...


Ku kesali diriku tuk menyayangi dirimu
Kata-kata manismu buat aku percaya kamu
Tak pernah sekalipun membelakangimu
Sumpah janji setiaku hanya untuk hanya dirimu
Mengapa kau berubah cobalah untuk setia
Dan hanya pendam rasa tiada kasih tiada cinta
Biarkan aku terus terluka biarkan tersiksa
Sampai bila pun tiada gunanya
Kau hanya kan mendamba
biarkanlah terus terluka
biarkanlah terus terluka